Sunday, July 24, 2011

Resipi Kuih Tart Nenas Bulan Ramadan 2011

Resipi Kuih Tart Nenas Bulan Ramadan 2011





Salam sahabat semua.. hari ni saya nak bagi tau pada semua teman2. ini la kuih raya kegemaran keluarga kami Kuih Tart Nenas. Kuih Tart nenas memang dah menjadi kemestian pada keluarga kami menjelangnya Hari Raya Aidilfitri huhuh...
kalau nak cuba resipi kuih tart nenas boleh cuba resipi di bawah


Bahan-Bahan

60 gm butter
190 gm majerin
70 gm gula halus
1 biji kuning telur
1 s/k esen vanilla
350 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung


Jem Nenas
1 biji nenas # blend dan masak sampai pekat baru + gula 1/2 cawan air #
1 cawan gula


Bahan Glaze/pengilat
2 kuning telur
2 s/kecil air pewarna kuning

Cara_cara

1. Gaulkan butter,majerin dan gula supaya rata.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul sehingga rata.
3. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung yg telah diayakkan.
4. Gaulkan sehingga rata dan sebati.
5. Gunakan acuan Nestar dan pamkan adunan.
6. Kepalkan jem nenas sebesar biji kurma.
7. Letakkanjem nenas diatas adunan dan gulungkan.
8. Masukkan adunan biskut dalam acuan kertas.
9. Sapukan dengan bahan glaze tadi.
10. Bakar dalam oven suhu 180'C sehingga kuning keemasan atau masak dalam 20 minit.
11. Bila telah masak, sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.


JEM NENAS

1 biji nenas muda # yg kulit hijau tu #
kupaskan kulit dan buangkan mata.
racikkan semua nenas tu kecik2. # batang tengah pun masuk sekali #

Masukkan dalam blender..+ 1/2 cawan air..kisarkan #JANGAN TAPIS #

Masukkan dalam kuali

Panaskan #masak# sehingga agak pekat.

Masukkan 1/2 cawan gula..tambah 1 s/b gula kalau nak manis

kacau.. jangan tinggal,jem nenas akan hangus oleh kerana ada gula..

dan anda boleh buat apa2 saja corak yang kamu suka
Selamat mencuba..

No comments:

Post a Comment

Instagram