Sunday, May 10, 2009

Sambal Masam Manis Telor & Tofu




salam semua, hari ni saya nampak sesuatu resipe
yang agak menarik ..cuba la mana tau sedap ker heheh,, sy pun baru nak cuba jom kita cuba sama-sama semoga berjaya










Bahan:-
  • 2 paket tofu jepun - kerat 1 inci - goreng kekuningan dulu
  • 4 biji telor - goreng mata lembu
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 1 biji cili merah - potong serong
  • 1 biji cili hijau - potong serong
  • 1 labu bawang besar - potong dadu
  • 2 ulas bawang putih - cincang
  • 1 cm halia - hiris halus
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos tomato
  • sedikit gula
  • garam secukup rasa
  • sedikit air (optional)

Cara Memasak:-

  1. Panaskan minyak, tumis bawang besar, cili merah, cili hijau dan halia hingga kekuningan dan wangi.
  2. Masukkan kesemua sos dan kacau rata, perlahankan sedikit api. Masukkan sedikit air, biar didih sebentar.
  3. Masukkan gula dan garam secukup rasa.
  4. Bila kuah agak pekat, masukkan telor dan tofu tadi, gaul rata perlahan-lahan.
  5. Tutup api dan hidangkan.
Instagram