Monday, October 19, 2009

3 mati di tetak



KUALA LUMPUR: Hanya kerana menegur bunyi ekzos bising, dua sahabat mati manakala seorang lagi cedera parah akibat ditetak sekumpulan Mat Motor yang bengang dengan teguran itu di kawasan flet Desa Puteri, Seri Petaling di sini, awal pagi semalam.

Kejadian berlaku jam 1 pagi ketika kedua-dua lelaki berkenaan bersama tiga lagi rakan mereka sedang minum di bawah pokok berhadapan flet berkenaan.

Mangsa, S Chaudry, 32, ditemui mati di persimpangan jalan kira-kira 500 meter dari tempat kejadian, manakala rakannya, B Gunalan, 23, mati di sebuah bilik milik saudaranya di flet berkenaan dan seorang lagi mangsa yang cedera parah kini dirawat di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

Lebih mengerikan apabila Chaudry yang mempunyai kemahiran taekwondo dengan memiliki tali pinggang coklat, ditetak bertalu-talu, ketika cuba menyelamatkan rakannya yang diserang

mmmm... nak buat mcm mana kalau dah ajal!!

aku pun x tau nak cakap mcm mana lagi la skarang ni terlalu banyak samseng jalanan.. asyik nak bergaduh2 je,, pandang " GADUH " Jeling " BUNUH "

APE NAK JADI!!!

ni semua pengaruh geng 3 line lah konon.. bukan mendatangkan ape2 buang duit ,buat masaalah,cari pasal,,,, buduh..

mmm geram aku. ajar budak2 jadi jahat sesat kan budak-budak kata belandaskan islam mengarut je.. ni aku nak bg tau pada semua budak2 yang terlalu taksub dgn GENG2 NI!!

PIKIR LA MASA DEPAN KORANG MAK BAPAK KORANG SURUH BELAJAR BUKAN UNTUK JADI SAMSENG!!

OK LA BAK KATA NABIL " LU PIKIR LA SENDIRI "

Instagram